Friday 28 December 2012

Nasi Komok (Nasi Briyani Thai)

(Resepi ehsan Kak Long SKAH) 3 kg Beras 1 cawan Minyak Masak 1 cawan Marjerin Sedikit Perkakas Kasar Bhn Kisar 500 gm Bwg Besar 1 labu Bwg puteh 2 inci Halia 1 btg Serai Sedikit air 100 gram Rempah Nasi Komok 1 helai Daun Pandan Sedikit Pewarna Kuning Secukup Rasa Gula dan Garam Cara2Nya : 1) Kisarkan bhn2 kisar. Gaulkan rempah nasi komok dgn sedikit air. 2) Panaskan minyak masak bersama marjerin. Tumiskan perkakas kasar. 3) Campurkan bhn2 kisar dan rempah nasi komok. Tumis hingga wangi. 4) Masukkan secukup air utk menanak nasi, pewarna kuning, daun pandan, gula dan garam. 5) Setlh mendidih masukkan beras. 6) Setlh beras masak, taburkan bwg goreng dan kismis goreng.

Sunday 28 October 2012

Faiza Nasi Bukhari

Tak tau nak masak apa utk hari pertama Eidul Adha Jumaat baru ni.. dok pikir2 samada nak masak nasi beriani atau nasi komok atau nasi dagang.. mmg KLong ada kirim rempah2 nasi beriani dan nasi komok slps Eidul Fitri thn ini.. masih blm dmasak.. teringat pula rasa2nya masih ada rempah nasi Bukhari yg dah lama tersimpan dlm drawer dapur.. bila dperiksa mmg sah ada.. guna yg ni dululah sbb stok dah lama.. takut nanti rosak dah tak bleh pakai lagi.. Bahan2 : 1 bungkus rempah Bukhari Faiza 2 biji bwg besar } dcincang 4 ulas bwg puteh } dcincang 500 - 750 gram buah tomato - dkisar halus tanpa air 1/2 cawan minyak masak 500 - 750 gram daging kambing - drebus Garam secukup rasa 1 kg beras (Cadangan : Beras Ponni 750 gram/Beras Basmathi 1 kg) Sukatan air : 1 cawan beras Ponni Taj Mahal : 2 - 2 1/2 cawan air 1 cawan beras Basmathi : 1 cawan air Cara Memasaknya : 1. Tumis bwg cincang sehingga naik bau. 2. Masukkan rempah Bukhari Faiza, kacau selama 1 minit, kemudian masukkan tomato kisar, tumis sehingga mengeluarkan minyak. 3. Masukkan air rebusan daging, biarkan sehingga mendidih dan tambahkan garam secukup rasa. 4. Masukkan beras dahulu, slps 5 - 7 minit baru dmasukkan daging dan kacau rata. Stlh airnya hampir kering, kecilkan api dan biarkan nasi tanak. 5. Hidangkan bersama pencuk nenas. Makan lps solat sunat Eidul Adha bersama kari ayam campur dalca kentang, kcg buncis dan buah tomato.. takde sayuran lain dlm stok.. sambal kentang.. sambal bilis.. salad timun Jepun.. salad epal merah dgaul mayonis.. Utk tgh hari, tambah ayam goreng yg dah dperap dgn rempah nasi kabsah, serbuk lada puteh, serbuk kunyit dan garam.. juga sambal lada hijau campur lada burung merah, bwg besar, air limau nipis dan garam.. lebihan salad timun dcampur dgn salad buah epal.. lebihan sambal kentang dcampur pula dgn sambal ikan bilis..

Sunday 9 September 2012

Resepi Nasi Kabsa Kambing/Ayam

M Abdul Hamid Bonda meminta sesiapa yang boleh menyalin resepi kabsah ini untuk salinkan pada beliau: Nasi Kabsa Kambing/Ayam Bahan-bahan: 1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang 3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan 4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas 2 sudu minyak masak 1 sudu minyak sapi 1 batang kayu manis 3 biji buah pelaga 2 biji bunga cengkih 1 biji bawang besar - dipotong dadu 3 ulas bawang putih - dipotong dadu 1 batang karot ~ diparut 1 biji buah tomato - dikisar 2 sudu tomato puri 1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron) 1 sudu besar rempah kabsa 1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya. 1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu 1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk 2 biji cili merah ~ jgn potong 1/4 cawan kismis Garam secukup rasa dan gula (kalau suka) ***Klik pada rempah kabsa untuk resepi Cara penyediaan: 1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi. 2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar. 3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula. 4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak. 5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur. Sos: ~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning. Nasi ini dimakan bersama ulam-ulaman dan ulam yang terkenal di sini ialah "daun jarjeer". Siti Khatijah Abd Hamid sos kito..3 biji l lada merah..3 ulas bawang putih..satu sudu teh garam..3 sudu teh gula..tiga sudu besar cuka..kisar

Cara-cara membuat rempah kabsah

M Abdul Hamid Cara-cara membuat rempah kabsah Saya rasa di Malaysia tidak ada kedai yang menjual rempah kabsa, jadi saya telah mencari di internet apakah bahan2nya. Disini saya ceritakan cara mudah untuk membuatnya. Rempah ratus yang digunakan adalah rempah ratus yg biasa kita gunakan dlm masakan kita juga.(Klik pada gambar untuk melihat bahan2 dengan lebih jelas) Bahan - bahan: 1 sudu makan bunga cengkih ** 1 sudu makan lada hitam ** 1 sudu makan jintan manis ** 1 sudu makan jintan putih ** 2 sudu makan biji ketumbar ** 1 sudu makan buah pelaga ** 1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) ** 1 sudu makan serbuk cili 1 sudu teh kunyit Cara penyediaan: 1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat. 2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur. 3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara. Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging. ** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.

Thursday 12 May 2011

Resepi Kari Udang Ketam Adabi

Resepi ini saya copy dr belakang peket Serbuk Kari Udang, Ketam & Ikan Kering Adabi. Saya baru kali pertama menggunakannya. Saya tak pasti adakah ia produk terbaru Adabi ataupun sudah lama berada d pasaran. Saya suka menggunakan produk2 Adabi krn ianya adalah keluaran bumiputera.

Bahan2 :
600gm udang/ketam/ikan kering
100ml/gm minyak masak
1 peket/26gm rempah kari udang/ketam/ikan kering Adabi
(dbancuh dgn 1/2 cawan air dr kuantiti asal air pd resepi)
64gm/3 biji bawang merah kecil (dkisar)
2 ulas/biji bawang putih (dhiris)
1 ulas/biji bawang merah besar (dhiris)
1 cawan/220ml/gm santan pekat
2.5gm/1/4 sudu teh pes asam jawa Adabi
(atau 1 sudu teh asam jawa biji)
(dlarutkan dgn 1/2 cawan air dr kuantiti asal air pd resepi
700ml/3 1/2 cawan air
1 1/2 biji tomato
2cm kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
Secukup rasa garam

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak d dlm periuk.
2. Tumiskan kulit kayu manis, hirisan bawang besar dan bawang putih, serta daun kari hingga kekuningan dan naik aroma.
3. Masukkan bancuhan pes kari dan tumis lagi hingga pecah minyak dan sedikit garing. (Peringatan : Tumis selama 5 minit).
4. Masukkan baki air, larutan asam jawa, udang dan ketam. Masak menggunakan api besar selama 10 minit sehingga mendidih.
5. Kecilkan api, masukkan garam secukup rasa, santan pekat dan juga tomato. Biarkan ia masak selama 10 minit.
6. Sedia utk dhidang.

Wednesday 2 March 2011