Sunday 28 October 2012

Faiza Nasi Bukhari

Tak tau nak masak apa utk hari pertama Eidul Adha Jumaat baru ni.. dok pikir2 samada nak masak nasi beriani atau nasi komok atau nasi dagang.. mmg KLong ada kirim rempah2 nasi beriani dan nasi komok slps Eidul Fitri thn ini.. masih blm dmasak.. teringat pula rasa2nya masih ada rempah nasi Bukhari yg dah lama tersimpan dlm drawer dapur.. bila dperiksa mmg sah ada.. guna yg ni dululah sbb stok dah lama.. takut nanti rosak dah tak bleh pakai lagi.. Bahan2 : 1 bungkus rempah Bukhari Faiza 2 biji bwg besar } dcincang 4 ulas bwg puteh } dcincang 500 - 750 gram buah tomato - dkisar halus tanpa air 1/2 cawan minyak masak 500 - 750 gram daging kambing - drebus Garam secukup rasa 1 kg beras (Cadangan : Beras Ponni 750 gram/Beras Basmathi 1 kg) Sukatan air : 1 cawan beras Ponni Taj Mahal : 2 - 2 1/2 cawan air 1 cawan beras Basmathi : 1 cawan air Cara Memasaknya : 1. Tumis bwg cincang sehingga naik bau. 2. Masukkan rempah Bukhari Faiza, kacau selama 1 minit, kemudian masukkan tomato kisar, tumis sehingga mengeluarkan minyak. 3. Masukkan air rebusan daging, biarkan sehingga mendidih dan tambahkan garam secukup rasa. 4. Masukkan beras dahulu, slps 5 - 7 minit baru dmasukkan daging dan kacau rata. Stlh airnya hampir kering, kecilkan api dan biarkan nasi tanak. 5. Hidangkan bersama pencuk nenas. Makan lps solat sunat Eidul Adha bersama kari ayam campur dalca kentang, kcg buncis dan buah tomato.. takde sayuran lain dlm stok.. sambal kentang.. sambal bilis.. salad timun Jepun.. salad epal merah dgaul mayonis.. Utk tgh hari, tambah ayam goreng yg dah dperap dgn rempah nasi kabsah, serbuk lada puteh, serbuk kunyit dan garam.. juga sambal lada hijau campur lada burung merah, bwg besar, air limau nipis dan garam.. lebihan salad timun dcampur dgn salad buah epal.. lebihan sambal kentang dcampur pula dgn sambal ikan bilis..